HomeUtamaTiada Salah Laku YTL Communications dalam Projek 1Bestarinet

Tiada Salah Laku YTL Communications dalam Projek 1Bestarinet

Read Time:36 Second

Kuala Lumpur – YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms), anak syarikat kepada YTL Power International Bhd, telah disahkan bebas daripada sebarang salah laku berkaitan Projek 1BestariNet oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Merujuk pemakluman Bursa, Syarikat itu memaklumkan bahawa mereka telah menerima pengesahan daripada SPRM bahawa siasatan telah selesai dan tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap YTL Comms.

syarikat itu merujuk kepada kenyataan sebelumnya pada 4 September 2024 dan 30 Oktober 2024 mengenai siasatan yang dijalankan SPRM ke atas projek tersebut.

Projek 1BestariNet merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan akses internet kepada sekolah-sekolah di seluruh negara.

Keputusan SPRM ini menamatkan spekulasi berkaitan dakwaan salah laku dalam pelaksanaan projek tersebut, sekali gus mengukuhkan kepercayaan terhadap YTL Comms sebagai penyedia perkhidmatan teknologi yang bertanggungjawab.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular