HomeIsu tempatan'Dapur Kita-Kita' bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

Read Time:2 Minute, 3 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Pelaksanaan inisiatif dapur komuniti pertama yang dikenali sebagai ‘Dapur Kita-Kita’ memberi peluang kepada warga bandaraya khususnya pekerja berpendapatan rendah mendapatkan makanan berkhasiat secara percuma.

Inisiatif yang bermula Isnin lalu itu diketuai Pengarah Urusan Jetsin Datuk Koh Chung Jade dengan kerjasama Persatuan Chef Sabah yang diketuai presidennya Adrian Chong.

Koh Chung (Kiri) dan Adrian (kanan)

Turut bekerjasama melaksanakan inisiatif itu Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC);  Kelab Rotary Kota Kinabalu; Good Shepherd Services; Consumers Front of Sabah (CFOS);. Happy Place;  dan ⁠Lifewater Berhad: Liaw Hen Kong.

Koh Chung ketika ditemui berkata, idea bagi melaksanakan program diilhamkan selepas mendengar pelbagai kisah warga bandaraya khususnya pekerja yang berpendapatan rendah yang sukar mendapatkan makanan berkhasiat.

Lokasi ‘Dapur Kita-Kita’ yang berada di Bandaran Berjaya

“Kami memulakan inisiatif ini selepas kami mendengar banyak kisah mengenai masyarakat yang kurang berkemampuan mendapatkan makanan selain terpaksa berjimat dengan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.

“Ini hanyalah permulaan, saya berharap agar ramai lagi pihak yang dapat bekerjasama dengan kita bagi membantu masyarakat yang memerlukan, kami juga ada sukarelawan memastikan program ini berjalan lancar,” katanya.

Sukarelawan yang menghantar makanan ke masjid dan lokasi terpilih

Dapur komuniti ini menyediakan hidangan berkhasiatdengan pengagihan makanan harian bermula jam 11.30 pagi setiap hari kecuali Ahad bertempat di Bandaran Berjaya.

Koh Chung berkata, pihaknya turut mengalu-alukan pihak yang ingin menyumbang dan bekerjasama dalam melaksanakan program iu.

“Ya kita mengalu-alukan kepada mana-mana pihak yang ingin menyumbang atau bekerjasama dengan kita,” katanya.

Makanan yang disediakan oleh Chef berpengalaman

Setiap pek dianggarkan bernilai kira-kira RM15, dengan pengeluaran harian terhad kepada 200 pek.

Pada ketika ini, program itu dibiayai sendiri bergantung kepada dana tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jetsin Sdn Bhd dan bahan mentah yang diperoleh daripada perniagaan bekalan daging Jade.

“Kami telah memperuntukkan RM1,000 hingga RM2,000 setiap hari, tetapi untuk jangka masih menjadi kebimbangan. Kami berharap NGO dan penaja akan bergabung dengan kami untuk memastikan inisiatif ini terus dilaksanakan.

Antara pek makanan yang disediakan untuk diambil secara percuma

“Ini hanya permulaan, Jika ia berkembang, ia boleh menjadi pusat utama untuk membantu lebih ramai orang. Sesiapa sahaja boleh datang untuk membantu atau mendapat manfaat daripada usaha ini,” katanya.

Sementara itu, Adrian berkata, tanpa kerjasama semua pihak, program berkenaan tidak akan dpaat dilaksanakan dengan baik.

Sukarelawan yang membantu individu yang ingin mendapatkan pek makanan

“Kami memastikan hidangan yang disediakan adalah berkualiti tinggi, dengan makanan bertaraf hotel untuk mereka yang memerlukan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS perkukuh kerjasama serantau bersama UNISMUH Makassar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular