HomeUtamaDraf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun Depan

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun Depan

Read Time:1 Minute, 19 Second

Draf kertas Kabinet mengenai pengasingan kuasa antara Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP) dijangka siap pada pertengahan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata cadangan pembahagian fungsi antara Peguam Negara dan PP telah diterima oleh Kabinet dan seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk menelitinya.

Perdana Menteri turut mengakui bahawa isu berkenaan cukup rumit, dan mengambil masa untuk disiapkan kerana ia memerlukan banyak pindaan, termasuk Perlembagaan Persekutuan.

“Usaha ini pasti akan berjaya dilaksanakan, diharapkan pada pertengahan tahun depan. 

“Saya belum lihat draf itu.. tetapi kertas kerja yang dibentangkan setakat ini ialah keputusan dasar sama ada kita bersetuju dengan pengasingan itu yang telah diluluskan oleh Kabinet,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sidang media khas itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, bersama kira-kira 100 wartawan tempatan dan antarabangsa.

Anwar berkata bahawa pemisahan AG dan PP bukan sekadar pembahagian tugas, tetapi turut melibatkan soal menjaga integriti pejabat. 

“Bagi saya, isunya bukan (sahaja) pembahagian tugas biasa… ia adalah integriti pejabat,” katanya.
Sebelum ini, Sabah Media turut melaporkan cadangan dari Bekas Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang mencadangkan agar kuasa Peguam Negara dipisahkan daripada kuasa pendakwaan seperti yang diamalkan di negara-negara lain.

“Di United Kingdom, misalnya, mereka telah memisahkan kuasa sebagai penasihat undang-undang kerajaan (Peguam Negara) dengan kuasa pendakwaan.

“Dengan reformasi ini, kerajaan dapat menepis tanggapan wujudnya pertuduhan politik, khususnya bagi kes-kes berprofil tinggi. Saya percaya kerajaan sedar dan mungkin telah membincangkan perkara ini, tetapi ia harus disegerakan,” katanya.


RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular