HomeUtamaKerajaan negeri sentiasa dukung agenda dan dakwah USIA

Kerajaan negeri sentiasa dukung agenda dan dakwah USIA

Read Time:1 Minute, 49 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah sentiasa terbuka dan memberi kerjasama baik kepada mana-mana badan bukan Kerajaan (NGO) khususnya dari sudut dakwah dan pendidikan di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah usaha Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang terbukti dapat melaksanakan gerakan pembangunan dakwah dengan baik.

Sapawi (tiga kanan) menyerahkan cenderamata kepada Arifin

Katanya, Kerajaan juga akan membantu pertubuhan itu dalam merealisasikan pelan strategik pembangunan yang dirangka USIA.

“Apa yang penting bagi kita ialah, USIA ini adalah satu badan NGO yang besar dari sudut dakwah dan pendidikan dan saya harap USIA dapat berkolaborasi dengan kerajaan negeri Sabah.

Arifin menyerahkan watikah pelantikan kepada Timbalan Yang Dipertua USIA Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan

“Kerajaan negeri akan sentiasa memberi bantuan dan kerjasama yang baik kepada USIA, kerana memang terbukti USIA dapat bergerak dan melaksanakan program-program secara bersama.

“Ia termasuklah bersama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS); Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan sebagainya.  Malah MUIS pada asasnya adalah darupada kewujudan USIA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemuui selepas menyempurnakan Penyampaian Watikah Ahli Majlis Tertinggi (AMT) USIA sesi 2025-2027 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Arifin menyerahkan watikah pelantikan kepada Datuk Nurlaila Said sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dilantik

Hadir sama Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Ahmad dan Timbalan Yang Dipertua, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan.

Arifin yang juga Exco Agama dan Pendidikan Sabah berkata, keharmonian dan perpaduan juga perlu digerakkan dalam usaha dakwah yang berhemah selain kemasyakatan yang mengambil kira keadaan negeri ini yang pelbagai agama, kaum dan sebagainya.

“Ini dijadikan oleh USIA sebagai asas dalam melaksanakan visi dan misi melalui pelan dan strategik pembugaran USIA,” katanya.

Terdahulu, Sapawi dalam ucapannya menyatakan komitmen serta peranan USIA membantu agensi lain termasuk MUIS dan JHEAINS.

“Kita akan memperkasa kolaborasi dengan agensi berkaitan dalam gerakan dakwah dan pembangunan ummah di negeri ini, tanpa melupakan agenda pendidikan.

“USIA akan membantu dan menjadi pelengkap kepada kerajaan negeri dalam memperkukuhkan lagi gerakan dakwah,” katanya.

Pada majlis itu, Sapawi turut mengumumkan pelantikan 22 AMT USIA sebagai tambahan kepada AMT yang dipilih dalam mesyuarat agung tahunan bulan lalu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ubah suai tangki minyak, gagal lapor pertukaran nakhoda, dua buah bot...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular