HomeUtamaCubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita maut manakala tiga yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Lintas berhampiran sebuah restoran terkenal, malam tadi (22 Dis).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada jam 9.20 malam membabitkan sebuah Honda Accord yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 60-an bersama tiga ahli keluarganya, serta sebuah Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki berusia 40-an.

“Siasatan awal mendapati pemandu Honda Accord dalam perjalanan pulang ke rumah daripada Inanam dan menuju ke arah Petagas, pemandu tersebut cuba menukar lorong kanan untuk memotong kenderaan lain, namun gagal mengawal kenderaannya, menyebabkan ia bergesel dengan sebuah Perodua Alza sebelum terbabas ke dalam parit di sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, impak perlanggaran itu menyebabkan tiga penumpang Honda Accord tercampak keluar dari kenderaan. Salah seorang mangsa, iaitu isteri kepada pemandu, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Kasim menggesa pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi peraturan trafik dan berhati-hati semasa memandu bagi mengelakkan kemalangan yang boleh meragut nyawa.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular