Kota Kinabalu: Empat pemain Kebangsaan yang kembali bersama Sabah FC berupaya menyuntik semangat untuk memastikan skuad Badak mampu menewaskan Kuching City FC pada pertemuan kedua suku akhir Piala Malaysia di Stadium Likas malam esok malam ini.
Pengendalinya, Martin Stano berkata, Dominic Tan, Daniel Ting, Stuart Wilkin dan Darren Lok sudah menyertai sesi latihan bersama Sabah FC bermula semalam.
Katanya, perlawanan malam ini sangat penting bagi memastikan Sabah FC dapat melangkah ke peringkat separuh akhir nanti.
“Berbekalkan kelebihan satu gol macam-macam boleh berlaku, sehingga kini Sabah FC menjalani latihan mingguan seperti biasa.
“Kita mempunyai masa yang cukupnya untuk pulih daripada perlawanan sebelumnya sekali gus mencatat keputusan positif malam esok (malam ini),” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Martin berkata, kelebihan bermain di gelanggang sendiri dilihat dapat menyuntik semangat serta motivasi daripada penyokong setia Sabah FC.
“Kita akan mempamerkan kualiti permainan yang baik , disamping fokus mencapai keputusan positif di Stadium Likas.
“Kita mahu penyokong setia Sabah FC turun beramai-ramai memberikan sokongan padu untuk memastikan dapat melangkah ke peringkat separuh akhir,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC