HomeUtamaSabah tuan rumah ATE 2025

Sabah tuan rumah ATE 2025

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Sabah buat julung kalinya akan menjadi tuan rumah penganjuran ASEAN Travel Exchange (ATE) 2025 pada 19 Jun tahun depan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew berkata, acara itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

“ATE 2025 adalah acara rangkaian Perniagaan ke Perniagaan (B2B) utama di Sabah yang menghubungkan usahawan pelancongan, prospek serantau untuk memupuk perkongsian serta kerjasama.

“Anjuran berkenaan adalah langkah yang tepat pada masanya, memandangkan Malaysia akan memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada tahun depan. Selain itu, rakan ASEAN, China dan India turut dijemput untuk menyertai acara ini bagi memeriahkan lagi acara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Persekutuan Persatuan Pelancongan ASEAN (FATA), di sini, kelmarin.

Katanya, ATE 2025 adalah selaras dengan visi Perdana Menteri untuk memajukan pertumbuhan ASEAN, sambil menambah bahawa ia akan menjadi platform penting untuk mempamerkan solidariti ASEAN dalam memajukan pelancongan serantau dan pembangunan ekonomi.

Christina berkata, KePKAS dan agensinya bersetuju cadangan kerjasama pintar dengan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dalam menganjurkan acara besar ini.

“Yang penting, ini adalah acara MICE yang besar yang akan meningkatkan imej Sabah di dunia atau sekurang-kurangnya di ASEAN, dan ia sudah pasti membawa impak besar terhadap ekonomi tempatan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular