HomeIsu tempatan100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

Read Time:1 Minute, 6 Second

Penampang : Seramai 100 warga emas dari beberapa buah kampung di Pusat Mengundi Daerah (PDM) Nambazan di sini diraikan sempena sambutan Hari Natal.

Program yang dianjurkan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Moyog menerusi pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat itu diadakan di balai raya Kampung Babah Bunduon.

Ketua Sayap Beliawanis Gagasan Rakyat Moyog Carmen Meldan berkata, program itu adalah kesinambungan program serupa yang diadakan di Inobong tahun lalu.

“Kami kerap melakukan lawatan rumah kepada warga emas OKU tetapi hari ini kami telah memutuskan untuk menghiburkan penduduk di kawasan ini dengan nyanyian, koir kanak-kanak, cabutan bertuah serta sumbangan peribadi.

“Objektif kami adalah untuk membawa keceriaan Krismas ke kawasan kampung. Selalunya orang hanya akan meraikannya secara persendirian di rumah atau semasa acara besar,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Carmen berkata, menerusi program itu, pihaknya melihat ia merupakan satu cara terbaik untuk mendekati komuniti terlibat secara keseluruhan.

“Kami telah melakukan banyak program untuk belia dan tidak akan terlepas pandang kepada orang tua kami. Hari ini adalah penting kerana kita meraikan kebijaksanaan mereka yang membentuk daerah ini dan menyumbang kepada pembangunannya.

“Warga emas memainkan peranan penting dalam memacu kemampanan melalui pengetahuan, pengalaman dan dedikasi mereka kepada kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Gagasan Rakyat Moyog mempunyai lebih 3,300 ahli dengan Ketuanya, Datuk Ceasar Mandela Malakun yang merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Siswa UMS santuni komuniti kampung di Tambunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular