HomeUtamaPasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

Read Time:1 Minute, 17 Second

Beaufort : Pasukan sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa terlibat bencana khususnya banjir dicadang untuk diwujudkan terutama dikawasan berisiko.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, pasukan itu akan bertindak sebagai ‘orang pertama’ yang hadir membantu mangsa sebelum agensi penyelamat tiba.

“Kita akan mencadangkan supaya satu pasukan sukarelawan di wujudkan khususnya di zon Suasa ini kerana zon ini sangat panas kalau banjir. Disinilah yang paling terkesan. 

“Sudah tentu tujuan sukarelawan ini adalah bagi membolehkan mereka bertindak lebih cepat sebelum agensi-agensi kerajaan turun di lokasi terjejas banjir. Mereka akan bertindak apa yang perlu dibantu kepada mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau beberapa kawasan yang dinaiki banjir baru-baru ini.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) sekali lagi menyeru agar penduduk sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan banjir yang akan berlaku.

“Walaupun gelombang pertama dan gelombang kedua telah berlalu tapi melihat keadaan cuaca dan ramalan meteorologi yang mana.sehingga 29 Disember ini taburan hujan akan berlaku di seluruh negeri Sabah termasuklah di daerah Beaufort ini.

“Maknanya kita perlu berwaspada dalam setiap masa ada kemungkinan banjir akan berlaku pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau turut meminta penduduk untuk sentiasa memastikan keselamatan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

“Kita memberi nasihat kepada rakyat dalam situasi banjir ini memang ramai rakyat kita mengambil kesempatan untuk mencari rezeki menangkap ikan dan sebagainya perlu menjaga keselamatan. 

“Kerana arus Sungai Padas ini terlalu deras, mungkin nanti kita tersilap sedikit kita akan mungkin mengalami perkara-perkara yang tidak diingini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

30 penduduk Kg Tamoi Lama Batu LD disantuni sempena Krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular