B.Grimm Power, sebuah konglomerat yang terkenal dengan inovasi dalam sektor tenaga, telah mengumumkan perancangan strategik untuk tahun 2025. Dengan peruntukan pelaburan bernilai 136 bilion baht, kumpulan ini berazam untuk menjadi pemimpin global dalam perniagaan tenaga bersih.
Menurut Dr. Harald Link, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, pelaburan besar-besaran ini adalah sebahagian daripada visi syarikat, “Memperkasa Komuniti Dunia dengan Kebaikan.” Langkah ini turut melibatkan pelancaran sektor perniagaan baharu, seperti Pusat Data, serta usaha mencapai kapasiti tenaga boleh diperbaharui sebanyak 10 gigawatt menjelang 2030.
Menurut kumpulan itu antara Strategi Utama Tahun 2025 adalah dengan Pengembangan Global dan Tenaga Boleh Diperbaharui dimana B.Grimm mensasarkan pengembangan agresif di pasaran antarabangsa seperti Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat, dan Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Dengan pendekatan “Net Zero” menjelang 2050, kumpulan ini menumpukan pada pelaburan dalam tenaga solar, angin, dan hidro.
Kumpulan itu juga akan melakukan Kerjasama Strategik dengan Pusat Data dimana Perkongsian dengan kawasan perindustrian seperti Amata di Chonburi, Thailand, bertujuan untuk membekalkan tenaga hijau kepada pusat data. Perjanjian pembelian tenaga sebanyak 310 megawatt sedang dirundingkan.
Turut menjadi tumpuan adalah Pengurusan Modal yang Cekap dan Mampan dimana Lebih 85% daripada pelaburan akan disalurkan ke projek tenaga boleh diperbaharui, menjadikan kumpulan ini lebih mesra alam. Modal diperoleh melalui aliran tunai operasi, bon, dan kerjasama strategik.
Sementara itu Menurut sumber industri, Malaysia turut dijadikan sebahagian daripada rancangan pengembangannya di Asia Tenggara, B.Grimm dijangka turut akan melabur sekitar USD 400 Milionatau bersamaan RM 2 bilion di Wilayah Sabah. Pelaburan ini dijangka menyokong pembangunan tenaga bersih di wilayah tersebut, sejajar dengan matlamat global syarikat.
“Pengembangan kami di Asia dan pasaran global lain mencerminkan komitmen terhadap pertumbuhan mampan dan kestabilan jangka panjang,” kata Dr. Harald Link.
Dengan pelaburan strategik dan kepakaran teknologi yang kukuh, B.Grimm Power berada di landasan untuk menjadi peneraju utama dalam perniagaan tenaga hijau global.