HomeUtamaSabah sinonim dengan perpaduan, keharmonian dalam meraikan perayaan

Sabah sinonim dengan perpaduan, keharmonian dalam meraikan perayaan

Read Time:1 Minute, 6 Second

Beaufort : Sambutan Hari Natal yang diraikan setiap tahun mampu meningkatkan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama khususnya di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, rakyat di negeri ini amat terkenal dan sinonim dengan perpaduan yang diraikan dalam pelbagai perayaan yang disambut setiap tahun.

“Melalui sambutan Krismas yang kita sama-sama raikan pada hari ini (semalam) sudah tentu kita dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara kalangan masyarakat yang berbilang suku kaum dan agama.

“Di Sabah memang sinonim, apa juga perayaan kita akan raikan bersama, bukan saja Krismas tetapi dimasa Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri kita juga bersama-sama dengan masyarakat yang bukan muslim.

“Jadi ini adalah menjadi satu kekuatan kita di Sabah kerana kita hidup dalam berbilang suku kaum masyarakat dan juga agama, kita boleh makan semeja dan kita boleh meraikan dalam satu perayaan berbilang bangsa dan agama,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Krismas Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lumadan di sini semalam.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasneh dan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, keharmonian itu adalah asas yang perlu di pupuk pada generasi muda kini.

Beliau berharap perpaduan yang terjalin akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular