HomeUtamaBidang TVET, STEM akan terus diperkasa tahun depan

Bidang TVET, STEM akan terus diperkasa tahun depan

Read Time:1 Minute, 30 Second

Membakut : Bidang pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) akan terus diperkasa dan diberi fokus pada tahun 2025.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bagi tujuan itu, tahap penguasaan subjek Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar juga akan turut diperkasakan.

Katanya, Kerajaan negeri serius dalam memastikan penguasaaan Bahasa Inggeris berada pada tahap terbaik.

“Apa yang ingin kita perkasa di Sabah ini, saya sasarkan 2025 ini untuk fokus kepada TVET dan STEM. Selain itu kita mahu memperkasakan Bahasa Inggeris.

“Dalam masa terdekat ini saya akan panggil Pengarah Jabatan Pendidikan daripada UMS, UiTM kemudian IPG, kemudian beberapa pakar untuk mendengar sumbang saran mereka untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra PRISMA Warga Pendidikan DUN Membakut di Dewan Seri Wawasan, Pimping di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, pihaknya juga akan mendapat pandangan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan dan beberapa pakar bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, Arifin berkata pihaknya telah berbincang dengan beberapa pensyarah serta pakar dari UMS berhubung dengan penubuhan Pusat Kecerdasan Buatan (AI) di negeri ini.

“Pusat ini memerlukan kepakaran dan kita akan jadikan Sabah sebagai salah satu pusat A.I kerana Sabah mempunyai potensi yang besar. Mudah-mudahan dengan adanya Pusat AI ini kita dapat membantu universiti, pengajian tinggi, sekolah-sekolah.

“Kita perlu penguasaan AI dalam kalangan penonton, pelajar khususnya dan saya yakin dengan kepakaran kita atau kebolehan kita dalam AI akan membantu dari sudut pekerjaan pada masa hadapan kerana yang akan mengambil tempat pada masa hadapan inilah bidang AI,” katanya

Hasrat Sabah menubuhkan pusat AI diumum oleh Arifin dalam penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024 di Dewan Undangan Negeri Sabah, pada November lalu.-

RELATED ARTICLES
Utama

G57 lapor polis sekumpulan pelajar dan alumni UMS sebar fitnah, hasutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular