HomeUtamaLANGSUNG - 2 Himpunan Rakyat Sabah

LANGSUNG – 2 Himpunan Rakyat Sabah

Read Time:1 Minute, 46 Second

Tinjauan Sabah Media dua kumpulan Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah dan Bangkit Sabahan masing-masing sudah berada ke tapak perhimpunan.

Kumpulan mahasiswa berkumpul di pintu gerbang Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak jam 1 petang tadi manakala Kumpulan Bangkit Sabahan di Anjung Selera, Teluk Likas sejak jam 11 pagi tadi.

Pada masa sama, di lokasi kira-kira 1 kilometer dari tapak perhimpunan diadakan Karnival Ria anjuran Kerajaan Negeri di hadapan Menara Kinabalu, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Setakat ini keadaan terkawal, manakala kawalan keselamatan pasukan polis giat memantau setiap sudut beberapa kawasan dikenal pasti pergerakan kumpulan perhimpunan tersebut agar tidak mengganggu ketenteraman awam.

Hantaran ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Para pembaca boleh menekan button refresh untuk mendapatkan perkembangan terkini


4.25 PM – hanya tinggal sedikit peserta dari kumpulan demo Gempur Rasuah yang berada di kawasan berhampiran Menara Kinabalu. Difahamkan kumpulan berkenaan akan menanti sehingga jam 2 pagi nanti.

Kami turut menutup laporan langsung ini.

3.20 PM – Sekitar 50 orang peserta perhimpunan “Gempur Rasuah Sabah” kini berhimpun di kawasan berhampiran Menara Kinabalu. Mereka turut memukul gendang dan membawa sepanduk.

Kawasan berkenaan turut dikawal ketat pihak berkuasa. ini kerana Karnival Ria anjuran Kerajaan Negeri yang kini turut berlangsung di kawasan itu.

sementara itu, tinjuan di Anjung Selera dilihat tenang dan para peserta himpunan Bangkit Sabahan dilihat mula beredar dari kawasan itu sekitar jam 3.10 petang tadi.

3.10 PM – Para Peserta Gempur Rasuah yang berarak dari Pintu Gerbang UMS yang kini menghampiri Menara Kinabalu

2.33 PM – Para Peserta Gempur Rasuah mula berarak dari pintu Gerbang UMS. Mereka yang berpakaian hitam turut memegang beberapa sepanduk dan bendera hitam.

2.22 PM – Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar mula berucap di himpunan Bangkit Sabahan

2.20 PM – antara peserta dari NGO PLG Sabah yang berkumpul di Anjung Selera, Teluk Likas

2.05 PM – kawasan pintu masuk dari Dun yang ditutup pihak berkuasa dan kawasan berkenaan dikawal agar tidak ada insiden yang boleh mengganggu ketenteraman awam berlaku

1.30 tengahari – Kelihatan para peserta mula hadir ke lokasi berhimpun

Antara peserta bangkit Sabahan yang mula berkumpul di lokasi perhimpunan

RELATED ARTICLES
Utama

Kemukakan Permohonan Untuk Mendapatkan Keampunan Atau Pengurangan Hukuman – Istana Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular