HomeUtamaPolis Sabah Sahkan Fahmi Reza Ditahan

Polis Sabah Sahkan Fahmi Reza Ditahan

Read Time:34 Second

KOTA KINABALU: Polis Sabah telah menahan Fahmi Reza bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan 1948 di Ibu Pejabat Polis Penampang petang semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun mengesahkan Fahmi ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

“Ya, masih dalam siasatan (kes ini),” katanya ringkas. 

Terdahulu Jauteh dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah berkata lebih 30 laporan polis diterima di negeri itu terhadap aktivis tersebut melibatkan perbuatan menghasut.

Polis menerima laporan bahawa Fahmi antara lain menampal karikatur melibatkan imej Tun Musa Aman yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11, di beberapa kawasan antaranya di Kota Kinabalu dan perkara lain melibatkan hasutan yang sedang disiasat.

RELATED ARTICLES
Utama

Sebuah premis dikenakan tindakan selepas gagal letak tanda harga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular