HomePendapatCASP Beri Kebaikan Kepada Rakyat, Banteras Jenayah Online

CASP Beri Kebaikan Kepada Rakyat, Banteras Jenayah Online

Read Time:1 Minute, 43 Second

Kuala Lumpur : Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (CASP) yang mula berkuatkuasa hari ini disifatkan banyak memberi kebaikan kepada rakyat Malaysia terutamanya dalam membanteras jenayah online.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Ahmad Shah Pakeer Mohamed menyifatkan langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperkenalkan lesen perkhidmatan pesanan internet dan media sosial kepada penyedia perkhidmatan di Malaysia adalah satu usaha yang amat baik untuk rakyat Malaysia. 

“Semua platform yang beroperasi di luar negara seperti We Chat, Tik Tok, Whatsapp, Instagram dan Facebook kini tertakluk pada penguatkuasaan akta dan peraturan di negara ini. Banyak perkara positif dari segi membendung jenayah rentas sempadan yang kini amat berleluasa di semua platform online. 

“Misalnya jenayah scammer yang amat berleluasa di platform Telegram, dan ramai mangsa sudah terpedaya dengan taktik yang mereka gunakan” ujar Dr Ahmad Shah. 

Menurutnya lagi, menerusi penguatkuasaan lesen perkhidmatan ini, pihak berkuasa boleh berkerjasama dengan lebih rapat dengan penyedia platform bagi memastikan tidak ada penjenayah, penipu dan scammer terlepas daripada undang-undang yang sedia di negara ini. 

Tambah Dr Ahmad Shah lagi, pihak SKMM mungkin boleh mewajibkan semua penyedia platform yang memperoleh lesen perkhidmatan ini untuk membuka pejabat mereka di negara ini bagi mempermudahkan rakyat membuat aduan terus kepada mereka sekiranya ada perkara berbangkit melibatkan penyedia perkhidmatan tersebut. 

“Selain itu, langkah ini juga baik bagi membolehkan peniaga dan usahawan kecil untuk mendapatkan transfer technology secara terus daripada penyedia perkhidmatan tersebut bagi memajukan lagi perniagaan mereka di negara ini. Barangkali kos untuk latihan dan mengajar kemahiran digital ini boleh menjadi lebih murah dan efektif untuk semua rakyat Malaysia” ulas Dr Ahmad Shah. 

SKMM mengumumkan pada 27 Julai 2024 bahawa semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen  CASP.

Menurut SKMM, kegagalan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil di bawah Akta 588. Sehingga hari ini, Telegram dan Tencent (WeChat) antara penyedia perkhidmatan yang telah mengemukakan permohonan pelesenan untuk beroperasi di negara ini.

RELATED ARTICLES
Utama

10 penduduk terjejas banjir dipindahkan di Bukau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular