Beaufort: Inovasi ‘Sejadah Gergasi’ berpotensi untuk dikomersialkan sekali gus membantu masyarakat menjana ekonomi tambahan.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, inovasi itu juga dilihat sangat memberi manfaat kepada masyarakat khususnya kepada ‘keluarga baru’ dalam Islam.
“Ini adalah satu inovasi yang saya nampak akan mendapat sambutan kepada masyarakat kita terutama sekali bagi saudara baru kita, iaitu ‘Gergasi Sejadah’ yang dicipta oleh ustazah kita.
“Dia awalnya berniat untuk membantu ayah beliau yang mana telah sakit strok, tapi saya nampak keperluan itu sangat diperlukan oleh masyarakat diluar sana dan ianya ada di pasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penangguhan Minggu Pemantapan Guru 3.0 di sini, baru-baru ini.
Ruslan berkata, ciptaan itu sangat berharga dan boleh diperluaskan kerana ia dapat membantu kepada mereka khususnya yang ingin belajar cara sembahyang solat dan sebagainya.
Inovasi itu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dalam program Minggu Pemantapan Guru 3.0.
Program tersebut telah dihadiri oleh seramai 33 peserta yang mewakili 33 buah sekolah daripada daerah Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu dan Membakut.
Dalam pada itu Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, inovasi Sejadah Gergasi itu belum ada di pasaran dan perlu diperluaskan pasarannya.
“Kita tengok belum ada yang jual di kedai seumpama itu, jadi maknanya ciptaan itu bila ada bengkel, ada program seumpama ini dia tercetus dan di bawa dalam pameran itu.
“Dan saya ingat ini perlu dikomersialkan dan modal tidak begitu besar saya tengok, jadi maknanya ianya mampu milik kepada mereka yang memerlukan,” katanya. – SABAH MEDIA