HomeUtamaITQAS akan diletakkan dibawah kendalian KAT MUIS

ITQAS akan diletakkan dibawah kendalian KAT MUIS

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS) akan diletakkan di bawah kendalian Kolej Antarabangsa Teknikal (KAT), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bagi tujuan itu, ianya akan diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif

Katanya, ITQAS yang kini mempunyai lebih 60 orang pelajar bertaraf diploma kini telah  berpindah ke lokasi baharu di Sembulan berhampiran MUIS.

“Hari ini saya melawat ITQAS yang  kini berpindah ke lokasi yang lebih selesa dimana sebelum ini mereka melaksanakan pengajian di Baitul Ehsan di Kinarut dan hari ini kita sudah mulakan di Sembulan.

“ITQAS ini tarafnya diploma dan sudah pasti selepas ini mereka akan kita taja untuk dermasiswa, biasiswa untuk menyambung ke luar negeri atau di Semenanjung serta ke tempat-tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke ITQAS di Sembulan di sini petang tadi.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, apabila ITQAS dibawah kendalian kelak, pihak MUIS akan berusaha untuk membantu para pelajar terlibat untuk mendapatkan tajaan dan sebagainya.

Katanya, pihaknya menerusi JHEAINS juga akan berusaha mencari lokasi bangunan yang kekal dan besar.

Menurutnya, ia adalah bagi membolehkan lebih ramai lagi pelajar untuk melanjutkan  pengajian di ITQAS

“ITQAS ini sebuah institut tapi itu kita rancang dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada masa depan, sementara ini mereka berada di bangunan ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular