HomeUtamaMangsa Renjatan Elektrik Maut di Kg Likas

Mangsa Renjatan Elektrik Maut di Kg Likas

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 43 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan aktiviti menangkap ketam di Lorong Kuala Neutron, Kampung Likas, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada jam 10:45 malam.

Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, bersama sebuah jentera FRT dan EMRS, segera dikerahkan ke lokasi kejadian, tiba pada jam 10:52 malam.

Menurut Komander Operasi, PBK II Mohammad Faizal Alias, mangsa terkena renjatan elektrik akibat terkena kabel elektrik semasa menjalankan aktiviti mencari ketam di paya bakau di lokasi tersebut.

“Kejadian berlaku akibat pendawaian atau sambungan elektrik haram yang terdapat di kawasan tersebut.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian terpaksa menunggu pihak Sabah Electricity untuk memotong bekalan elektrik sebelum dapat mengangkat mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Operasi yang turut melibatkan PDRM, KKM, dan Sabah Electricity itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 12:50 tengah malam setelah memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular