HomeUtamaRemaja 13 tahun lintas jalan, maut dirempuh kereta

Remaja 13 tahun lintas jalan, maut dirempuh kereta

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam satu kemalangan di Kampung Tebobon dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mangsa dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 20-an.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pemandu kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Bandar Sierra apabila mangsa tiba-tiba berlari melintas jalan dari arah kanan ke kiri.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak ke tepi kanan jalan dan mengalami kecederaan parah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kasim, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa yang tidak berhati-hati ketika melintas jalan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan lalu lintas.

Beliau turut menasihati pejalan kaki agar memastikan keadaan jalan selamat sebelum melintas.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular