HomeUtama10 penduduk terjejas banjir dipindahkan di Bukau

10 penduduk terjejas banjir dipindahkan di Bukau

Read Time:40 Second

Kota Kinabalu : Seramai 10 orang mangsa terjejas banjir di Kampung Bukau, Beaufort terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan telah menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 9.06 malam.

“Sejurus menerima maklumat tentang kejadian itu, sepasukan anggota  dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort segera menjalankan kerja-kerja memindahkan mangsa ke lokasi selamat.

“Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati seramai 10 orang mangsa terperangkap di dalam rumah disebabkan banjir,” menurut kenyataan itu di sini malam ini.

Tambah kenyataan itu, pasukan bomba bertindak memindahkan mangsa dengan menggunakan bot ke rumah saudara mara yang berada di Kampung Tamalang Along Beaufort.

Pihak bomba akan terus melakukan pemantauan secara berterusan di kawasan yang dinaiki air. –SABAH MEDIA / FOTO JBPM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

PM mahu semua kementerian tumpu tingkat keupayaan bidang pelancongan, pelaburan, ekonomi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular