HomeUtamaBeberapa sungai di DUN Lumadan perlu dinaik taraf bagi tangani isu banjir

Beberapa sungai di DUN Lumadan perlu dinaik taraf bagi tangani isu banjir

Read Time:1 Minute, 5 Second

Beaufort : Beberapa sungai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan perlu dinaik taraf segera bagi menangani isu banjir yang sering melanda kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, ia termasuklah sungai Api-Api yang terletak di Kampung Bukau di sini.

“Saya mengalu-alukan arahan Perdana Menteri agar isu mendesak seperti kemiskinan tegar dan tebatan banjir diselesaikan segera. Ini kerana Beaufort merupakan antara daerah paling kerap dilanda banjir.

“Kita akan melihat pelaksanaan tebatan banjir.  Kita akan cuba berbincang dengan pihak Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) daerah Beaufort untuk membantu kepada rakyat kita yang selalu ataupun sentiasa menghadapi banjir ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi ziarah bakal haji daerah Beaufort di Hospital Beaufort di sini semalam.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, pembinaan gabion di sekeliling sungai juga akan membantu mengurangkan kos pembersihan yang kerap dijalankan.

Selain itu katanya, usaha naik taraf sungai Api-Api Kampung Bukau juga akan dapat membantu meningkatkan ekonomi penduduk melalui aktiviti pelancongan.

Dalam pada itu, mengenai program ziarah ini, Ruslan berkata, program dimanfaatkan untuk berkongsi pengalaman terutama persediaan ke Tanah Suci.

Katanya, ia termasuk kepentingan menjaga kesihatan agar urusan haji berjalan lancar.

Seramai 120 bakal haji dari daerah Beaufort terpilih menunaikan Rukun Islam ke-5 tahun ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pacuan empat roda diubahsuai, guna tangki tambahan seleweng diesel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular