HomeUtamaTitik persamaan antara kaum perlu terus diperkasa - Mustapha

Titik persamaan antara kaum perlu terus diperkasa – Mustapha

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini diingatkan untuk sentiasa berpegang kepada titik-titik persamaan dan perlu terus diperkasakan demi masa depan yang lebih utuh.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud berkata, rakyat juga diingatkan untuk tidak terpengaruh dengan isu berbaur perkauman atau agama yang berlaku di negeri lain.

“Konsep ini saya fikir perlu kita pegang sebab walaupun kita pelbagai kaum dan agama, kita banyak titik-titik persamaan.

“Antaranya nilai-nilai agama, nilai-nilai dalam masyarakat kita dan nilai-nilai murni dalam kekeluargaan pendidikan, sosial, ekonomi dan banyak lagi sebenarnya titik-titik persamaan, kalau kita cari memang banyak.

“Tetapi bila ada perbezaan di antara kita, terutama melibatkan sudut agama, kita kena hormati yang kita ada, jangan jadi setengah kelompok yang menjadikan perbezaan yang sedikit itu diangkat dan titik persamaan itu ditenggelamkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Buka Mata Singa sempena Tahun Baharu Cina 2025 peringkat Parlimen Sepanggar di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Datuk Peto Galim, ADUN Likas, Datuk Tan Lee Fatt, Pengerusi Penganjur Datuk Wong Thein Fook serta tetamu kehormat yang lain.

Mustapa yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata, pihaknya tidak mahu suatu perbezaan itu memecah belahkan perpaduan dan persamaan yang ada di negeri ini.

“Jadi itu yang menyebabkan masyarakat kita porak peranda kerana hanya diangkat nilai-nilai yang memecah-belah perbezaan-perbezaan, yang itu kita boleh bincang dalam forum yang lain.

“Tetapi kalau kita cari titik-titik persamaan, walaupun kita pelbagai kaum dan agama, banyak kita akan temukan persamaan di antara kita terutama nilai-nilai universal atau nilai-nilai murni yang ada ini yang kita praktikkan dalam kefahaman masing-masing,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Telegram dapat lesen penyedia media sosial – Fahmi Fadzil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular