Beaufort : Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bersama warga Rumah Anak Yatim Al-Aman Kampung Bingkul, di sini Jumaat lalu.
Majlis dimulakan dengan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah disusuli bacaan Surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh Ikhwan Asgandi dari Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).
Ikhwan seterusnya menyampaikan tazkirah ringkas sebelum mengimamkan solat Isyak bersama-sama 200 jemaah termasuk penduduk dari sekitar Beaufort.
Hadir sama, Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih.