HomeUtamaMaritim Malaysia, ESSCOM laksana tinjauan bersama bagi kenal pasti titik panas

Maritim Malaysia, ESSCOM laksana tinjauan bersama bagi kenal pasti titik panas

Read Time:1 Minute, 9 Second

Lahad Datu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tinjauan bersama bagi mengenal pasti titik panas di kawasan perairan Felda Sahabat serta Perairan Kunak baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, tinjauan bersama

yang dilaksanakan selama dua hari itu turut disertai Ketua Staff Bahagian Operasi Laut ESSCOM, Laksamana Pertama Maritim Abd Razak Mohamed.

Katanya, ia adalah bertujuan bagi melaksanakan pemantauan di kawasan titik panas serta menguji kesiapsiagaan aset Maritim Malaysia di sektor operasi.

“Hasil tinjauan mendapati, tiada sebarang kejadian mencurigakan dapat dikesan dan kelihatan bot-bot nelayan yang sedang melakukan aktiviti perikanan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sebagai rekod, sebanyak 9,321 pemeriksaan vesel dilakukan sepanjang tahun lalu dengan hampir 12,000 orang telah diperiksa dalam tempoh yang sama.

Katanya, Zon Maritim Lahad Datu juga telah melaksanakan sebanyak 88 taklimat keselamatan (Preventive SAR) di laut serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

“Zon Maritim Lahad Datu sentiasa meningkatkan kawalan dan kesiapsiagaan di laut dan tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan di perairan negara.

“Sebarang aduan dan makluman mengenai kegiatan jenayah serta insiden kecemasan di laut, Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim, Zon Maritim Lahad Datu melalui aplikasi Whatsapp 016-9305727 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Utama

Penemuan Bom Lama di Pulau Sibuan, Substesen Ditutup Sementara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular