HomeUtamaPenemuan Bom Lama di Pulau Sibuan, Substesen Ditutup Sementara

Penemuan Bom Lama di Pulau Sibuan, Substesen Ditutup Sementara

Read Time:1 Minute, 19 Second

SEMPORNA: Satu objek yang dipercayai bom peninggalan Perang Dunia Kedua telah ditemui di kawasan Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran dekat sini, hari ini.

Berikutan penemuan itu, substesen berkenaan ditutup sementara bermula jam 12:30 tengah hari tadi untuk tindakan keselamatan.

Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr. Maklarin Lakim berkata penemuan objek dipercayai bom lama oleh petugas TTS di kawasan snorkelling sekitar 30-50 meter dari pesisir pantai di Pulau Sibuan.

Katanya, penemuan itu berlaku semasa kerja pembersihan pantai, apabila petugas mendapati bentuk mencurigakan di atas pasir.

“Objek itu dipercayai bom yang mungkin sebelum ini terperangkap di dasar laut, tetapi telah terdedah akibat pergerakan pasir,” katanya ketika dihubungi pihak media hari ini.

Susulan penemuan tersebut, laporan polis telah dibuat, dan pihak TTS mengarahkan kawasan tersebut ditutup bagi tujuan penyiasatan.

Dr. Maklarin turut menjelaskan bahawa tindakan ini adalah prosedur biasa apabila bom lama ditemui, dan keselamatan awam menjadi keutamaan.

“Jika disahkan sebagai bom, pihak polis akan mengatur proses pengangkatan dan pemusnahan di kawasan yang selamat,” katanya.

Menurutnya, walaupun penemuan ini tidak menimbulkan bahaya langsung, kawasan snorkelling tersebut ditutup buat sementara waktu.

“Pelancong dinasihatkan untuk beralih ke lokasi snorkelling lain, sementara polis menjalankan siasatan dan memastikan keselamatan kawasan itu.

“Kawasan tersebut hanya akan dibuka semula setelah pihak polis mengisytiharkan ia selamat,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Sabri Zainol ketika dihubungi media hari ini, menyeru orang awam agar tidak memasuki kawasan tersebut sehingga keadaan disahkan selamat.

“Kita akan ke tempat penemuan untuk kenal pasti, dan untuk tindakan lanjut. Diminta orang awam jangan masuk ke kawasan tersebut sehingga selesai tindakan keselamatan diambil,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK tutup sementara Pasar Besar, Pasar Ikan KK Sabtu ini

Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular