Isu/Masalah Keselamatan Berkaitan Penggunaan Internet Terutama Aplikasi-Aplikasi Sosial
Penggunaan internet dan aplikasi sosial telah menjadi perkara penting dalam kehidupan masyarakat sekarang ini, walau bagaimana pun ia juga boleh membawa pelbagai risiko keselamatan yang memerlukan perhatian serius samada sebagai individu pengguna atau pihak berkuasa. Salah satu masalah utama yang sering diperkatakan adalah penyebaran maklumat palsu dan kandungan berbahaya melalui aplikasi2 ini, yang boleh mencetuskan kebimbangan awam atau ketidakstabilan sosial. Sebagai contoh, penyebaran berita palsu melalui platform WhatsApp sering mencetuskan panik terutama dalam situasi krisis, seperti semasa wabak COVID-19 yang lalu. Misalnya, mesej palsu mengenai “penutupan sepenuhnya” yang dikatakan akan berlaku telah tersebar luas, menyebabkan pembelian panik dalam kalangan masyarakat. Situasi seperti ini menunjukkan bagaimana maklumat yang tidak sahih boleh menjejaskan kestabilan sosial dan ekonomi jika tidak dikawal dengan berkesan. Selain itu, aplikasi sosial juga sering menjadi medium bagi eksploitasi kanak-kanak, di mana kandungan seperti video atau imej eksploitasi sukar dikesan akibat ketiadaan mekanisme pemantauan yang efektif.
Buli siber dan keganasan dalam talian turut menjadi ancaman utama, terutama kepada kanak-kanak dan remaja. Penghinaan, ugutan, dan gangguan yang berlaku melalui aplikasi sosial seperti Instagram dan TikTok telah menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan mental mangsa, malah ada yang mendorong kepada tindakan ekstrem seperti bunuh diri. Penyebaran kandungan sensitif yang bersifat perkauman, agama, atau politik melalui platform sosial juga menggugat keharmonian masyarakat. Lebih membimbangkan, algoritma platform sering mempromosikan kandungan ini kerana ia menarik perhatian pengguna, tanpa mempertimbangkan implikasi negatif terhadap keselamatan awam.
Cabaran-Cabaran Terhadap Penggunaan Aplikasi-Aplikasi Ini
Cabaran terbesar dalam penggunaan aplikasi sosial adalah ketiadaan kawalan dan pengawasan yang mencukupi terhadap kandungan yang disiarkan. Teknologi enkripsi hujung-ke-hujung atau end-to-end encryption technology, walaupun penting untuk melindungi privasi pengguna, ianya sering digunakan oleh pelaku jenayah untuk menyembunyikan aktiviti mereka. Penyedia platform juga sering gagal menyaring kandungan berbahaya, sama ada disebabkan oleh kekurangan sistem pemantauan yang berkesan atau boleh jadi juga keengganan untuk mematuhi peraturan tempatan (atau terma yang selalu digunakan adalah ‘community guideline’).
Di samping itu, kebolehan platform untuk mencipta algoritma yang memberikan keutamaan (viral dan trending) kandungan sensasi atau negatif menambah lagi risiko. Kandungan seperti kebencian atau maklumat palsu mendapat perhatian lebih besar, menjadikan masalah ini sukar dikawal. Kini nampaknya, jenayah siber, seperti penipuan, ugutan, dan eksploitasi seksual, kini berpindah dari jalanan ke bilik tidur melalui peranti digital, ini sudah pasti memerlukan pendekatan kawal selia yang lebih ketat untuk menanganinya.
Potensi dan Implikasi Pelaksanaan ASP(C)
Pelaksanaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) oleh kerajaan Malaysia dilihat sebagai langkah strategik untuk mengawal selia penggunaan aplikasi sosial secara lebih berkesan. Dengan keperluan pelesenan, penyedia perkhidmatan seperti TikTok, Telegram, dan Meta diwajibkan untuk mematuhi peraturan tempatan, termasuk menyediakan mekanisme pengawasan kandungan yang lebih ketat. Langkah ini diharap dapat mengurangkan penyebaran maklumat palsu, kandungan berbahaya, dan eksploitasi kanak-kanak.
Dari sudut sosial, ASP(C) menjanjikan perlindungan yang lebih baik kepada kanak-kanak dan kumpulan rentan, membolehkan mereka menggunakan internet dengan selamat. Dari sudut ekonomi, langkah ini boleh meningkatkan keyakinan pengguna terhadap platform digital seperti perniagaan atas talian, sekaligus memacu pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia. Namun, keberkesanan ASP(C) bergantung pada kerjasama erat antara kerajaan, penyedia perkhidmatan, dan masyarakat.
Cabaran Pelaksanaan ASP(C)
Pelaksanaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) adalah langkah yang penting, tetapi ia juga berhadapan dengan pelbagai cabaran yang perlu ditangani dengan bijak. Salah satu cabaran utama ialah memastikan semua penyedia perkhidmatan, termasuk syarikat besar dan pemain kecil, untuk memperolehi dan mematuhi syarat pelesenan. Ini kerana dalam masa yang sama, terdapat penyedia-penyedia perkhidmatan ini yang sering menunjukkan keengganan untuk mematuhi peraturan tempatan, disamping mencabar kemampuan kerajaan untuk memastikan pelaksanaan yang menyeluruh.
Cabaran pengawasan dan penguatkuasaan turut memerlukan perhatian serius. Pihak berkuasa perlu mempunyai sumber yang mencukupi untuk memantau aktiviti penyedia perkhidmatan dan bertindak terhadap pelanggaran peraturan. Kelemahan dalam pengawasan boleh membuka ruang kepada pelanggaran yang tidak disedari, sekaligus melemahkan keberkesanan pelaksanaan ASP(C). Di samping itu, kebimbangan terhadap penapisan kandungan yang berlebihan juga perlu diambil kira. Penyedia mungkin mengambil langkah yang terlalu ketat untuk mengelak risiko pelanggaran, yang boleh menjejaskan kebebasan bersuara. Ini memerlukan garis panduan yang jelas agar keseimbangan antara kawalan kandungan dan hak kebebasan pengguna dapat dikekalkan.
Selain itu, ketidakpastian tafsiran undang-undang mengenai pelanggaran syarat pelesenan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan penyedia perkhidmatan, yang berpotensi mengganggu operasi mereka. Cabaran lain adalah melibatkan pengguna dalam proses kawal selia. Kesedaran dan tanggungjawab dalam kalangan masyarakat terhadap penggunaan media sosial yang selamat nampaknya masih rendah. Pendidikan digital yang lebih meluas diperlukan untuk memastikan pengguna memahami peranan mereka dalam mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat dan harmoni.
Walaupun cabaran ini ketara, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak pelaksanaan ASP(C). Sebaliknya, ia menyerlahkan perlunya kerjasama yang erat antara kerajaan, penyedia perkhidmatan, dan masyarakat untuk mencari jalan penyelesaian. Sokongan teknikal dan kewangan kepada peningkatan kapasiti penguatkuasaan, serta komunikasi yang jelas antara pihak berkepentingan adalah elemen penting untuk memastikan ASP(C) dapat direalisasikan dengan baik. Dengan pendekatan strategik, pelaksanaan ini berpotensi besar untuk mencipta persekitaran digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab di Malaysia.
Contoh Negara yang Telah Melaksanakan Pendekatan Serupa
Beberapa negara lain telah melaksanakan pendekatan serupa untuk menangani cabaran keselamatan internet. China, misalnya, telah menetapkan peraturan ketat melalui undang-undang keselamatan sibernya, yang mewajibkan syarikat untuk mematuhi peraturan tempatan termasuk penapisan kandungan dan perkongsian data dengan pihak berkuasa. Australia pula memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Talian (https://www.acma.gov.au), yang mewajibkan platform untuk memadamkan kandungan berbahaya dalam tempoh tertentu. Kesatuan Eropah melalui Akta Perkhidmatan Digital (DSA)( https://commission.europa.eu/publications/legal-documents-digital-services-act_en) memastikan syarikat besar seperti Meta dan Google bertanggungjawab terhadap kandungan yang mereka kendalikan. Contoh-contoh ini membuktikan bahawa peraturan-peraturan ini sebenarnya telah dapat memberikan kesan positif terhadap keselamatan internet.
Harapan
Dengan pelaksanaan ASP(C), diharapkan Malaysia dapat mencipta persekitaran digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab. Langkah ini diambil bukan untuk menyekat kebebasan bersuara, tetapi untuk memastikan platform digital melindungi pengguna mereka daripada ancaman seperti buli siber, maklumat palsu, dan eksploitasi kanak-kanak. ASP(C) diharap dapat menjadi contoh bagi negara-negara lain yang menghadapi cabaran serupa, sambil mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju keselamatan digital di rantau ini.
Pelaksanaan ini juga memberi peluang kepada penyedia perkhidmatan untuk menunjukkan komitmen mereka terhadap tanggungjawab sosial, sekaligus membina kepercayaan pengguna. Dengan kerjasama yang erat antara kerajaan, penyedia platform, dan masyarakat, ASP(C) berpotensi menjadi langkah transformasi bagi keselamatan internet di Malaysia. Ia memastikan jenayah siber dapat dikawal, keselamatan pengguna dijamin, dan persekitaran digital menjadi ruang yang lebih baik untuk semua.

Prof. Dr. Ag. Asri Ag. Ibrahim
Ketua Pegawai Digital (CDO) UMS
Professor, Fakulti Komputeran dan Informatik