KUALA LUMPUR: Penyedia telekomunikasi terkemuka, Yes 5G mengumumkan kerjasama eksklusif dengan Calpis Soda dalam pertandingan ikonik One in a Million, yang kembali selepas 15 tahun.
Bertemakan “Uncap Yourself”, pertandingan ini bertujuan mencari bakat baru dalam industri muzik Malaysia sambil meraikan kreativiti dan potensi tanpa batasan.
Kolaborasi Yes 5G bukan sekadar penajaam, sebaliknya ia juga mencerminkan inisiatif untuk menggerakkan rakyat Malaysia menyerlahkan gaya hidup, bakat dan cita-cita mereka.
Dengan sokongan Yes 5G yang mampu milik dan pantas, platform ini membantu melahirkan bintang-bintang baharu yang berpotensi menyinari dunia hiburan, selain memberi kuasa kepada semua rakyat Malaysia untuk bermimpi lebih besar dan melangkah lebih jauh.
Salah satu keistimewaan kerjasama ini ialah peluang undian eksklusif untuk pelanggan Yes 5G.
Mereka akan menerima 10 kali undian tambahan secara automatik untuk menyokong finalis kegemaran mereka.
Proses undian bermula pada Episod 2 Persembahan Langsung pada 29 Disember 2024 dan berlangsung sehingga Final pada 9 Februari 2025.
Dengan misi menjadikan 5G lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat, Yes 5G mendorong rakyat Malaysia untuk merealisasikan potensi mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Menurut Wing K. Lee berkata kerjasama ini adalah cerminan keyakinan terhadap bakat tempatan.
“Kami berbangga menyokong gerakan yang meraikan kreativiti dan inovasi sambil menginspirasikan rakyat Malaysia untuk mencapai keunggulan,” ujarnya.
Pelbagai hadiah hebat ditawarkan kepada pemenang CSOIAM pada tahun ini, termasuk tujuh buah kereta yang ditaja oleh Peugeot dan rakan kerjasama lain.
Calpis merupakan jenama yang telah dikenali sejak 2016, membawa pengalaman dan inovasi dalam kerjasama ini.
Sokongan Media Prima TV3, stesen televisyen terkemuka Malaysia dengan pengalaman 40 tahun dalam hiburan, menjadikan program ini lebih istimewa.
Yes 5G, Calpis Soda One In A Million, dan Media Prima TV3 mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyokong dan menyertai sambutan bakat dan kreativiti negara ini.
Dengan pelan 999GB serendah RM1, Yes 5G memberi peluang kepada anda untuk menyokong bakat tempatan sambil menikmati pengalaman teknologi 5G terbaik.
Nantikan kandungan eksklusif dan kemas kini terkini sepanjang perjalanan menuju pentas akhir CSOIAM.
Program ini bukan sekadar pertandingan muzik, tetapi satu gerakan untuk menginspirasikan rakyat Malaysia supaya berhubung, bermimpi, dan mencapai kehebatan.
Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam perjalanan luar biasa ini!