HomeUtamaSentiasa beri perhatian kepada pendidikan anak - Andi

Sentiasa beri perhatian kepada pendidikan anak – Andi

Read Time:1 Minute, 46 Second

Tawau : Ibu bapa diseru untuk sentiasa menitikberatkan bidang pendidikan anak-anak dari usia awal bagi mencorakkan dan meneruskan kejayaan yang dicapai pada masa kini.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, ia termasuklah menghantar anak-anak mendapatkan pendidikan awal di prasekolah mahupun tabika-tabika kerajaan yang disediakan.

“Dalam hal ini saya amat berasa bangga dengan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) kerana mewujudkan kelas-kelas tabika perpaduan yang memberi peluang kepada kanak-kanak berumur lima hingga enam  tahun untuk mendapatkan pendidikan awal sebelum melangkahkan kaki ke alam persekolahan formal.

“Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita haruslah memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajaran anak-anak kita ini, walaupun mereka masih lagi berada di kelas tabika,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pintar Kreatif dan Hari Konvokesyen Tabika Perpaduan Daerah Tawau 2024 di sini semalam.

Andi yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata, beliau percaya, kanak-kanak yang mendapat perhatian dan kasih sayang ibu bapa akan membesar sebagai anak yang bakal mengharumkan nama keluarga dan negara.

“Program pintar kreatif ini juga perlu dipuji kerana melalui program seperti ini, kanak-kanak dapat menunjukkan bakat dan potensi diri mereka melalui aktiviti tarian, bicara berirama, taridra dan sebagainya.

“Ibu bapa seharusnya berbangga kerana anak-anak yang baru berusia lima dan enam tahun ini dapat menunjukkan potensi diri dengan yakin hasil daripada didikan dan tunjuk ajar guru-guru dan penolong guru di kelas masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Andi berkata, pihaknya akan sentiasa memberi kerjasama dan komitmen penuh bagi memastikan bakat dan potensi kanak-kanak ini dapat di kembangkan dengan baik.

“Di pihak kami, kami tidak pernah membiarkan atau memandang remeh hal-hal yang berkaitan perkembangan pendidikan awal kanak-kanak ini terutamanya kanak-kanak di kawasan Parlimen Kalabakan.

“Justeru, saya merayu kepada semua ibu bapa agar janganlah mengambil mudah atau bersikap sambil lewa terhadap perkembangan anak-anak kita walaupun mereka ini maasih di peringkat tabika sahaja.

“Kerana sesungguhnya mereka inilah yang bakal mencorakkan kejayaan negara kita suatu masa nanti dan semua itu adalah bermula di sini. bakat dan keyakinan sebeginilah yang kita perlu untuk mereka berdaya saing kelak,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

PM Anwar seru rakyat tumpu perkara bantu Malaysia jadi negara hebat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular