HomeUtama'Skimmer Boat' inisiatif DBKK laksana pembersihan sampah di laut

‘Skimmer Boat’ inisiatif DBKK laksana pembersihan sampah di laut

Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mula melaksanakan penggunaan ‘Skimmer Boat’ sebagai inisiatif bagi melaksanakan pembersihan sampah di sekitar perairan Bandaraya Kota Kinabalu bermula awal tahun ini.

Inisiatif itu merupakan langkah strategik yang menekankan keprihatinan terhadap kebersihan perairan bandaraya sekali gus memastikan laut kekal bersih dan bebas pencemaran.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pada peringkat permulaan hanya sebuah bot akan digunakan bagi tujuan itu dan akan ditambah pada masa akan datang selain bot kecil bagi kegunaan di kawasan sungai.

“Kita mempunyai perancangan untuk menambah lagi bot seperti ini.  Kita telah pun meminta pihak yang mengendalikan bot ini untuk menambah peralatan pada tahun ini dan pada masa akan datang sebab kawasan laut kita amat luas.

“Bot ini akan mengangkat sampah lebih kurang lima tan  dan kita berharap dengan adanya bot ini, pesisiran pantai kita dan laut kita yang berada di hadapan bandar raya Kota Kinabalu dan juga sungai-sungai akan bertambah bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan ‘KK Cleanup Day’ 1.0 Bandaraya Kota Kinabalu sempena sambutan ulang tahun ke-25 bandaraya Kota Kinabalu di Segama Waterfront Jalan Tun Fuad Stephens di sini hari ini.

Sabin berkata, jumlah penambahan bot berkenaan bergantung kepada kemampuan pihak terlibat untuk melaksanakan pembinaan bot berkenaan.

“Kita harap di peringkat awal ini mereka dapat menambah untuk yang besar, mungkin satu dua lagi. Yang kecil mungkin ada dua atau tiga lagi, namun ia bergantung kepada kemampuan untuk membuat bot ini,” katanya.

‘Skimmer Boat’ ini menjadi symbol komitmen bandar raya untuk menangani isu sisa terapung dengan lebih efisien, sejajar dengan matlamat KK Cleanup Day 1.0

DBKK telah mula menggerakkan lebih 90 anggota dan 27 jentera berat untuk membersihkan kawasan perairan laut, perairan sungai serta memberikan perkhidmatan pengutipan sampah di semua kampung kawasan kepulauan bermula 2 Januari lalu. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

PM Anwar seru rakyat tumpu perkara bantu Malaysia jadi negara hebat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular