HomeUtamaDBKK kompaun, sita kilang kitar semula di Jalan Lintas

DBKK kompaun, sita kilang kitar semula di Jalan Lintas

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Sebuah kilang kitar semula yang beroperasi tanpa lesen di Jalan Lintas di sini di sita dalam satu operasi yang dijalankan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) semalam.

DBKK dalam satu kenyataan berkata, operasi yang bermula sekitar jam 10 pagi itu melibatkan seramai empat anggota Polis bersama 16 anggota DBKK yang terdiri daripada Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasaaan, Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya dan Jabatan Kawalan Bangunan.

“Hasil daripada operasi ini mendapati pengusaha menjalankan operasi perniagaan premis kilang kitar semula, namun gagal mematuhi Notis Menghentikan Perniagaan Aktiviti Memproses Barangan Kitar Semula Tanpa Lesen yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelesenan, DBKK sebelum ini.

“Pihak DBKK seterusnya bertindak untuk menyita barangan perniagaan di bawah Undang-undang Kecil (Dealing In Scrap) By-Laws, 1966,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, sebanyak dua kompaun dikeluarkan atas kesalahan membina struktur bangunan tanpa kelulusan DBKK di bawah Undang-undang Kecil Bangunan 1987 dan kesalahan membuang atau melonggok sisa buangan industri serta sisa sampah di tempat awam di bawah Undang-undang Kecil Bandaraya Kota Kinabalu (Anti Sampah Sarap) 2005. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berswafoto dengan sebahagian daripada 1,000 pelajar yang hadir sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa dan Mahasiswi Institut Pengajian Tinggi di Setia City Convention Centre, Setia Alam di sini, malam tadi.
PendapatUtama

Prestasi Siswazah Malaysia 2023: Peningkatan & Cabaran di Pasaran Buruh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular