HomeUtamaPrestasi peperiksaan SRU di Sabah meningkat, SMU menurun

Prestasi peperiksaan SRU di Sabah meningkat, SMU menurun

Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Prestasi keputusan Peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) bagi negeri Sabah tahun 2024 mencatat peningkatan sebanyak 4.13 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, terdapat penurunan keputusan bagi Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan peperiksaan SMU Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).

Katanya, penurunan bagi peperiksaan SMU KBD dan KBT masing-masing mencatat perbezaan sebanyak 0.03 peratus dan 0.3 berbanding tahun sebelumnya.

“Bagi peperikaaan SRU 2024, peratus kelulusan adalah sebanyak 78.24 peratus dan seramai 4,315 calon lulus dengan masing-masing mendapat pangkat Mumtaz (126); Jayyid Jiddan (584); Jayyid (1,931) dan Maqbul (1,674).

“Manakala bagi pencapaian keputusan peperiksaan SMU KBD dengan kiraan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 2.92 dan peperiksaan SMU KBT sebanyak 2.88.

“Daripada jumlah keseluruhan calon SMU yang hadir, seramai 303 calon lulus dengan mendapat pangkat Mumtaz (24); Jayyid Jiddan (88); Jayyid (126) dan Maqbul (65),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman Keputusan Rasmi Peperiksaan SRU dan SMU 2024 negeri Sabah bagi mewakili Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Jumain Abdul Ghani.

Ruslan berkata, sebanyak 49 buah Sekolah Rendah Agama di Sabah telah mencapao keputusan terbaik lulus 100 peratus bagi tahun lalu dimana 15 adalah dari Sekolah Agama Negeri (SAN) dan selebihnya Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah swasta.

Dalam pada itu Ruslan berkata, penekanan akan diberi perhatian kepada beberapa subjek yang dilihat masih ditahap rendah apabila pelajar kurang mencapai tahap pencapaian diperlukan.

Katanya, ia termasuklah memberi latihan secukupnya kepada guru selain memberi motivasi kepada murid atau calon terlibat untuk mencapai kecemerlangan.

“Kita melihat antara yang perlu diberi perhatian khususnya di peringkat peperiksaan SRU adalah subjek Hadis; Imlak dan Akhlak.

“Manakala bagi peperiksaan SMU pula, kita akan memberi tumpuan kepada subjek Tauhid; Fiqh dan Bahasa Melayu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berswafoto dengan sebahagian daripada 1,000 pelajar yang hadir sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa dan Mahasiswi Institut Pengajian Tinggi di Setia City Convention Centre, Setia Alam di sini, malam tadi.
PendapatUtama

Prestasi Siswazah Malaysia 2023: Peningkatan & Cabaran di Pasaran Buruh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular