HomeUtamaLelaki cedera, terjatuh dari tingkap bilik tingkat dua bangunan di Putatan

Lelaki cedera, terjatuh dari tingkap bilik tingkat dua bangunan di Putatan

Read Time:46 Second

PENAMPANG: Seorang lelaki berusia 38 tahun ditemui terbaring di atas jalan selepas dipercayai terjatuh dari tingkap bilik sewa tingkat dua sebuah bangunan di Putatan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden itu sekitar jam 12.20 tengah hari.

Katanya, Unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) dari Balai Polis Putatan segera ke lokasi kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring di jalan raya.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu terjatuh dari tingkap bilik sewanya di tingkat dua bangunan tersebut.

“Mangsa, seorang warga tempatan, mengalami beberapa kecederaan di badan dan telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Sammy meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

‘Orang ramai juga diingatkan untuk tidak menyebarkan gambar kejadian di media sosial demi menjaga sensitiviti mangsa dan keluarganya,” tegas beliau lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah sehingga 7 malam ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular