HomeUtamaUtamakan keselamatan sepanjang musim perayaan - JBPM

Utamakan keselamatan sepanjang musim perayaan – JBPM

Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menasihatkan orang ramai untuk tidak alpa terhadap aspek keselamatan diri, keluarga, dan harta benda sepanjang tempoh musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah JBPM Sabah Jainal @ Zainal Madasin berkata, musim perayaan sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kebakaran dan kemalangan.

Katanya, seluruh masyarakat diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan perayaan ini berlangsung dengan selamat dan harmoni.

“Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2025, JBPM Sabah mengambil kesempatan untuk memberikan peringatan kepada semua masyarakat berkaitan dengan keselamatan kebakaran serta tindakan-tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.

“Kempen ini juga bertujuan untuk memupuk budaya keselamatan di kalangan masyarakat, serta menjalin kerjasama antara pihak berkuasa, badan-badan bukan kerajaan, sektor swasta dan masyarakat dalam usaha mencegah dan mengurangkan risiko kebakaran.

“Aktiviti memasak merupakan aktiviti yang kerap dilakukan semasa menyambut perayaan bagi menyediakan juadah untuk keluarga tersayang. Kecuaian semasa memasak merupakan salah satu punca yang menyebabkan kebakaran.

“Oeh itu, diingatkan setiap aktiviti di dapur perlu diawasi dan sentiasa elakkan gejala 3L iaitu lupa, lalai dan leka. jangan lupa menutup suis elektrik dan jangan lupa matikan api selepas memasak dan jangan leka dengan bermain telefon pintar dan membiarkan masakan didapur tanpa pengawasan,” katanya.

Zainal berkata, masyarakat juga digesa untuk memastikan tahap keselamatan kebakaran di rumah berada dalam keadaan baik melalui amalan ‘good housekeeping’dengan memastikan susun atur peralatan dirumah sentiasa kemas.

Selain itu katanya, masyarakat juga perlu memastikan perkakas elektrik dalam keadaan baik dan tidak mengalami kerosakan serta memastikan tiada penyambungan wayar elektrik yang berlebihan bagi mengelakan litar pintas.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan statistik panggilan kebakaran sempena musim perayaan Tahun Baru Cina dari Januari hingga Februari 2024, sebanyak 773 panggilan kebakaran melibatkan kebakaran struktur dan sebanyak 781 panggilan melibatkan kemalangan kenderaan.

“Daripada statistik panggilan kebakaran tersebut  dua kematian dicatatkan dan lima orang telah dicatatkan mengalami kecederaan akibat kebakaran. Bagi mengelak tragedi yang tidak diingini, jabatan ini juga menyarankan agar setiap penghuni kediaman meyediakan alat pemadam api di rumah masing-masing sebagai langkah pencegahan awal,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

65 jawatan kosong guru Tadika, SAN, SMAN JHEAINS dibuka tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular