HomePolitikPRN17 : Muafakat parti komponen GRS tetap kukuh

PRN17 : Muafakat parti komponen GRS tetap kukuh

Read Time:1 Minute, 30 Second

Beaufort : Gandingan lapan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diyakini mampu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 seterusnya mengekalkan pentadbiran Kerajaan negeri.

Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Ruslan Muharam berkata, meskipun ada pihak cuba untuk merobohkan muafakat dalam GRS namun ia bukan halangan untuk Kerajaan sedia ada memberi khidmat kepada rakyat.

“Kita yakin dengan gandingan daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu sendiri, USNO, SAPP dan parti-parti yang lain dalam GRS itu, kerana kita mempunyai hala tuju iaitu Sabah Maju Jaya.

“Di situ maksudnya sangat besar dan kita perlu bekerjasama dalam apa juga keadaan dan kalau kita lihat situasi politik hari ini ada pihak-pihak tertentu akan cuba merobohkan mufakat dalam GRS itu supaya kerajaan GRS pada hari ini tidak dapat mengikuti jejak langkah Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan tinjauan mesra sempena Tahun Baharu Cina 2025 di sekitar Pekan Beaufort Selatan di sini, semalam.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, pihaknya juga yakin rakyat mampu menilai sejauh mana kemampuan kerajaan Sabah pada hari ini.

Beliau berkata, pihaknya terutama dalam PBS sudah bersedia menghadapi PRN akan datang dan akan mengekalkan kerusi-kerusi yang ada dalam gabungan GRS.

“Kita ingin menekankan dalam arena politik ini sudah tentu pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang dan dalam mengambil peluang itu juga kadang-kadang banyak fitnah-fitnah yang dilontarkan kepada kerajaan kita pada hari ini.

“Tapi sebagai bukti kita, kerajaan kita pada hari ini adalah satu kerajaan yang kita lihat mampu untuk memimpin negeri kita dengan penjanaan pendapatan negeri itu sehingga RM7 bilion dan pada tahun ini kita akan membelanjakan RM6.4 bilion.

“Jadi maknanya kerajaan kita hari ini kukuh dan memang mempunyai satu pendekatan yang stabil dalam pentadbiran dan dalam arena politik itu sendiri,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

UMNO Sabah Belum Buat Keputusan Muktamad Mengenai Kerjasama Pilihan Raya Negeri...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular