HomeUtamaChatbot AIFA bantu rakyat semak berita lebih cepat, mudah

Chatbot AIFA bantu rakyat semak berita lebih cepat, mudah

Read Time:1 Minute, 20 Second

Cyberjaya : Pelancaran ‘Chatbot Sebenarnya.my’  berupaya membantu pengguna selain menjadi platform rakyat menyemak berita yang tidak ditentusahkan dalam talian dengan cepat dan mudah.

Chatbot yang dikenali sebagai ‘Artificial Intelligence Fact-check Assistant’ (AIFA) yang diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu dilancarkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di sini hari ini.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, Chatbot AIFA juga berperanan meningkatkan fungsi portal Sebenarnya.my dengan tiga objektif utama.

Antaranya ialah membantu rakyat menyemak dan mendapatkan maklumat sahih dengan cepat dan mudah, mempercepat maklum balas terhadap maklumat tidak sahih dalam talian serta memperkukuh peranan Sebenarnya.my dalam menangani penyebaran maklumat palsu di Malaysia.

“Ciri-ciri utama Chatbot AIFA termasuklah Aksesibiliti yang mesra pengguna dan boleh diakses sepanjang masa di portal dan platform WhatsApp.

“Selain itu, pengesahan fakta yang pantas dengan menggunakan algoritma dan pembelajaran mesin untuk memadankan maklumat dengan sumber yang boleh dipercayai.

“Chatbot ini juga memberi pendidikan digital yang berperanan bukan sekadar menyampaikan maklumat sahih bahkan mendidik pengguna mengenal pasti sumber maklumat yang boleh dipercayai,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Chatbot ini juga mempunyai ciri dengan melibatkan komuniti debgan menggalakkan rakyat terlibat secara aktif dengan platform chatbot yang disediakan.

“Ciri-ciri lain termasuklah pelbagai bahasa yang tersedia dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil sekali gus memastikan akses kepada pelbagai kumpulan pengguna; dan

“Manakala Input yang pada masa ini, input hanya diterima dalam format teks. Namun, kemampuan untuk menerima input dalam pelbagai format akan diteroka pada masa hadapan,” tambah kenyataan itu lagi.

Rakyat disaran untuk menggunakan AIFA bagi mendapatkan kesahihan sesuatu berita dan membantu pihak kerajaan dalam menangani penyebaran maklumat palsu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia Lancar Projek Bandar Wakaf di Gaza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular