Kota Kinabalu : Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah, Elmariah Chung dan rombongannya di Sri Gaya, di sini semalam.
Elmariah, yang berasal dari Kitabu, Kudat, menerajui agensi itu pada awal Januari 2025. Beliau sebelum ini adalah Pengarah AADK di Pulau Pinang.
Dalam kunjungan hormat itu, turut dikongsikan isu-isu semasa ancaman dadah dan strategi AADK negeri dalam menangani permasalahan dadah di Sabah dengan lebih berkesan.
Hadir sama Penolong Pengarah (Pencegahan), Dayang Siti Rohani Sedan dan Penolong Pengarah Pengurusan & Keselamatan PUSPEN Papar, Mohd Noor Fahmi Bin Tajuddin. – SABAH MEDIA