Kota Kinabalu : Hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka melanda beberapa bahagian di negeri ini selama tiga hari sehingga Jumaat ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pagi ini memaklumkan kawasan yang terlibat bagi tahap buruk melibatkan Pantai Barat; Sandakan dan Kudat.
“Bagi kawasan yang dijangka dilanda hujan berterusan tahap buruk adalah di Pantai Barat melibatkan Ranau dan Kota Belud, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Jumaat ini.
“Manakala bagi tahap waspada ia melibatkan kawasan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod) sehingga Jumaat ini,” menurut kenyataan itu di sini.
Sementara itu, cuaca hujan tahap bahaya dijangka berlaku di negeri Sarawak melihatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis) bagi tempoh sama sehingga Jumaat.
Hujan lebat berterusan juga dijangka berlaku di negeri Sarawak bagi tahap waspada di Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi) – SABAH MEDIA