HomeUtamaNADMA Diarah perkemas jentera hadapi banjir di Sabah, Sarawak - PM Anwar

NADMA Diarah perkemas jentera hadapi banjir di Sabah, Sarawak – PM Anwar

Read Time:1 Minute, 6 Second

Putrajaya — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi persekutuan dan negeri berikutan situasi banjir semakin buruk di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, keutamaan saat ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan.

Perdana Menteri berduka cita apabila menerima perkhabaran situasi banjir yang semakin buruk ini.

“Saya zahirkan simpati pada ribuan saudara kita di sana yang terkesan dengan bencana ini,” katanya menerusi hantaran di FB.

MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA

Perdana Menteri turut mengarah Jabatan Pendidikan Negeri mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas.

Beliau berharap para pelajar terlibat supaya dapat menjalani peperiksaan dengan selamat dan kondusif.

Skuad Ihsan MADANI akan turun membantu mangsa banjir di pusat pemindahan sementara serta bersiap siaga bagi penugasan pasca banjir.

“Moga semua mangsa yang terkesan diberi kesabaran dan ketabahan sepanjang tempoh musibah ini melanda,” kata Anwar.

Jumlah mangsa banjir Sabah terus meningkat apabila seramai 3,929 orang membabitkan 1,365 keluarga dipindahkan ke 29 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 10 daerah iaitu Kota Marudu, Tongod; Telupid; Sandakan; Kota Belud; Lahad Datu; Beluran; Paitan; Pitas dan Beaufort.

Menurut kenyataan itu, Kota Marudu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,355 mangsa daripada 866 keluarga.

RELATED ARTICLES
Utama

CEO Aumas Resources Berhad Buat Laporan Polis, Dakwa Difitnah Dalam Video...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular