HomeUtamaTradisi rumah terbuka wadah menyatukan rakyat 

Tradisi rumah terbuka wadah menyatukan rakyat 

Read Time:1 Minute, 19 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Penganjuran majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina  Kerajaan Negeri Sabah pada tahun ini disifatkan sebagai wadah dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum seterusnya berupaya mengukuhkan perpaduan ke arah mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Majlis yang dihadiri lebih 20,000 pengunjung berbilang kaum dan agama di negeri ini turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin serta Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Program yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini itu merupakan anjuran Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS).

Tinjauan Sabah Media dalam majlis tersebut mendapati tetamu jemputan serta para pengunjung yang hadir amat gembira dengan pelaksanaan program berkenaan.

Bagi pengunjung Irwan Shah Mustapa berkata, sambutan yang diraikan itu tidak hanya tertumpu kepada masyarakat Tiong Hua namun turut diraikan bersama pelbagai kaum di negeri ini.

Irwan Shah Mustapa

“Saya lihat pada pagi ini memang sangat harmoni, sebagai orang Sabah memang perayaan seumpama ini, semua kaum pun datang.

“Ia satu semangat yang baik untuk perpaduan agar lebih kekal lagi kuat di kalangan rakyat Sabah,” katanya.

Bagi Hainun Maidin, beliau menyifatkan sambutan itu dapat menyatukan perpaduan untuk rakyat Sabah berbilang kaum.

Hainun (lima kanan) bersama rakan-rakan lain yang turut hadir memeriahkan majlis itu

“Kami turut mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput kami selaku persatuan kebudayaan untuk memeriahkan suasana tahun baru cina,” katanya.

Terdahulu, sambutan yang diadakan seawal jam 10 pagi itu turut diserikan dengan persembahan hiburan dan hidangan makanan dari beberapa buah hotel terkemuka di Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dakwaan Esteel tangguh pelaburan di Sabah tidak benar – Phoong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular