HomeIsu tempatan15 buah RIM telah dibina di Membakut

15 buah RIM telah dibina di Membakut

Read Time:1 Minute, 31 Second

Membakut : Sebanyak 15 buah Rumah Ihsan Membakut (RIM) telah dibina di sekitar daerah ini dalam tempoh tiga tahun khusus bagi membantu penduduk yang terjejas dengan kebakaran selain terlibat dalam bencana.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, RIM yang dibina menggunakan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu juga turut mensasarkan kepada rumah penduduk yang telah uzur.

Katanya, pada tahun ini, sebanyak lima buah RIM telah dibina bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Hari ini kita menyampaikan kunci RIM, RIM ini kita peruntukkan bagi mereka terutama yang terjejas dengan kebakaran, kemudian yang mengalami bencana runtuh dan banjir selain beberapa rumah yang mendesak untuk kita bina.

“Rumah ini dibina menggunakan peruntukan ADUN, peruntukannya lebih kurang RM35,000 hingga RM40,000. Ada dua buah bilik kemudian satu dapur kemudian ada ruang tamu dan bilik mandi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan kunci RIM kepada penerima di sini semalam.

Arifin yang juga ADUN Membakut berkata, pihaknya turut berharap akan dapat membina rumah seumpama di daerah itu termasuk bagi membantu penduduk yang tidak mempunyai rumah.

Katanya, selain memfokuskan pembinaan RIM, pihaknya turut memberi perhatian kepada pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) yang sudah meningkat kepada 40 buah bermula tahun ini. 

“Kita juga harap ada lagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada Kerajaan Persekutan tapi kita fokus rumah SMJ, sudah ada senarai kita sediakan di bawah jawatankuasa fokus group yang dipengerusikan oleh pegawai daerah bersama dengan PPM dan pimpinan masyarakat. 

“Sudah kita kumpul, sudah kita tapis dan tinggal kita laksanakan, mereka yang diberi keutamaan untuk mendapat rumah SMJ ini. 

“Manakala RIM ini kita akan perincikan lagi, kita akan bantu mana yang tidak dapat dalam SMJ ini, kita akan bantu walaupun ia tidak sebesar atau seselesa rumah SMJ,” katanya.

Beliau menambah, rumah SMJ akan mula dibina selewat-lewatnya bulan Mac ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK, POLTESA jalin kerjasama bangun bakat dalam TVET

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular