HomeUtamaIsu Garis Panduan: Sabah sentiasa amalkan semangat keharmonian, saling menghormati

Isu Garis Panduan: Sabah sentiasa amalkan semangat keharmonian, saling menghormati

Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh J.EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU : Sabah Sentiasa mengamalkan semangat keharmonian, saling menghormati, dan memahami antara semua komuniti, kata Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah, Datuk Joniston Bangkuai.

Beliau yang mengulas isu berkaitan garis panduan umat Islam itu berkata keputusan itu adalah tepat dan wajar serta Keunikan situasi di Sabah dan Sarawak, di mana toleransi kaum dan agama sentiasa berada pada tahap yang tinggi, harus diiktiraf.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, Keputusan itu menunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan mengambil kira sentimen rakyat mengenai isu kaum dan agama.

“Berdasarkan apa yang kita baca di media, ia (garis panduan) hanyalah suatu cadangan dan masih dibincangkan,” ujarnya.

Joniston, yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, berkata sudah menjadi fakta yang diketahui umum bahawa kerajaan Negeri Sabah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Namun, katanya, di peringkat negeri, keperluan badan agama bukan Islam juga tidak diabaikan.

” Sebagai contoh, tahun ini, kerajaan Negeri memperuntukkan RM70 juta untuk badan agama bukan Islam, peningkatan sebanyak RM13.25 juta berbanding peruntukan tahun 2024 sebanyak RM56.75 juta.

“Seperti yang sering ditekankan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, kerajaan negeri sentiasa komited dan secara konsisten mengamalkan dasar keadilan serta kesaksamaan dalam semua aspek untuk membantu rakyat, tanpa mengira kaum atau agama, bagi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat,” jelasnya.

Tambah Joniston, Lembaga Pelancongan Sabah (STB), khususnya, menggalakkan perpaduan melalui program seperti Harmony Walk/ Run, yang meliputi tempat ibadat (Masjid Negeri, Gereja Sacred Heart, Kuil Sikh Gurduwala dan Kuil Buddha Peak Nam Tung yang terletak berdekatan) untuk menonjolkan kedamaian hidup bersama masyarakat berbilang agama di Sabah.

“Dialog terbuka dan rasa hormat terhadap kepercayaan satu sama lain sentiasa menjadi panduan dalam interaksi kami.

“Sabah menggunakan pendekatan memupuk perpaduan melalui sikap saling menghormati, bukan menerusi garis panduan.

“Kami yakin masyarakat berbilang agama dan kaum di Sabah akan terus berinteraksi dalam suasana yang mengukuhkan nilai-nilai kebersamaan,” ujar beliau lagi.

Terdahulu media melaporkan bahawa jemaah Menteri memutuskan tiada keperluan untuk mengeluarkan garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam.

RELATED ARTICLES
Utama

Puak yang tidak suka GRS-PH Plus saja tuduh Kerajaan gagal –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular