Kota Kinabalu : Seramai 18 mangsa terjejas banjir melibatkan dua buah kampung di daerah Beaufort dipindahkan ke Dewan Kebudayaan dan Kesenian Bisaya Beaufort di sini tengah malam pada Sabtu.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.10 malam pada Jumaat.

Katanya, seramai lima anggota bersama satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat selain turut dibantu dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Komander operasi melaporkan berlaku bencana banjir di Kampung Lago dan Kampung Batandok
Lubak Beaufort.
“Pasukan bomba bersama agensi bantuan lain membuat pemantuan kawasan banjir dan seterusnya memindahkan mangsa-mangsa banjir ke Dewan Kebudayaan dan Kesenian Bisaya Beaufort,” menurut kenyataan itu disini.
Sehingga jam 12 tengah malam tadi, seramai 275 orang mangsa terjejas banjir masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Dewan Selagon – SABAH MEDIA / FOTO JBPM Sabah