HomeUtamaPerdana Menteri Tekankan Segera Usaha Kebajikan Rakyat dan Gunakan Tender Terbuka

Perdana Menteri Tekankan Segera Usaha Kebajikan Rakyat dan Gunakan Tender Terbuka

Read Time:1 Minute, 12 Second

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan usaha menjamin kebajikan rakyat, termasuk membasmi kemiskinan tegar dan melaksanakan projek tebatan banjir, disegerakan.

Beliau meminta Perbendaharaan memberikan kelonggaran bagi mempercepatkan peruntukan segera melalui Kementerian Ekonomi serta mempercepatkan proses pre-queue, khususnya bagi projek yang memerlukan proses tender yang biasanya memakan masa lama.

“Mengapa kita tekankan soal tender ini? Kerana saya lihat jika kita gunakan kaedah rundingan, banyak ketelanjurannya dan ketirisannya. Jadi sebaiknya kita gunakan tender terbuka,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

Namun, Anwar mengakui bahawa proses tender biasa boleh mengambil masa terlalu panjang, sedangkan rakyat yang terkesan, khususnya akibat banjir, tidak mampu menunggu. Oleh itu, kerajaan sedang mencari jalan untuk mempercepatkan proses tanpa mengabaikan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Dalam usaha membasmi kemiskinan tegar, Perdana Menteri berkata beliau telah menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Zaliha Mustafa, bagi memastikan isu ini ditangani segera, terutama di Wilayah Persekutuan.

“Saya mahu pastikan jumlah miskin tegar diselesaikan sama ada melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, badan zakat, atau majlis agama. Ini penting kerana walaupun jumlahnya kecil, ia memberi kesan besar kepada keluarga yang terlibat,” jelasnya.

Kerajaan komited untuk menangani isu kemiskinan relatif secara menyeluruh, namun Anwar menekankan bahawa kemiskinan tegar harus diberi keutamaan dan dipantau dengan lebih teliti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, turut diberi tanggungjawab memastikan kaedah tender terbuka terus digunakan bagi mengelakkan ketirisan dan memastikan pelaksanaan projek lebih telus serta berkesan.

RELATED ARTICLES
Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca
Utama

MetMalaysia beri amaran risiko garis badai Monsun Barat Daya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular