HomeUtamaAHSANS bakal diwujudkan di Sabah, dijangka beroperasi tahun ini

AHSANS bakal diwujudkan di Sabah, dijangka beroperasi tahun ini

Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Akademi Tahsin al-Quran Negeri Sabah (AHSANS) bakal diwujudkan dan dijangka akan mula beroperasi pada tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, antara strategi yang bakal diambil dalam pelaksanaan akademi itu termasuklah mengadakan jelajah ke seluruh daerah.

Katanya, jelajah itu bertujuan bagi mencari para remaja berpotensi untuk digilap bakat terutama dalam bacaan al-Quran.

“Malam ini kita menyaksikan empat orang peserta bagi kategori remaja sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQ) Peringkat Negeri Sabah

“Pagi tadi sebelah siang ada empat orang dan saya lihat ada potensi anak-anak kita ini dan ini adalah tahun kedua kita menganjurkan majlis tilawah yang melibatkan kategori remaja.

“Kita akan gilap mereka dan seperti mana yang saya maklumkan kita akan mewujudkan AHSANS dan ini akan dilaksanakan pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri MTHQ peringkat negeri Sabah bagi hari pertama di Dewan Saadah Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini malam ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Jumain Abdul Ghani dan Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, anak-anak yang berpotensi itu akan turut didedahkan melihat perkembangan tilawah al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Katanya, anak-anak berpotensi ini juga dijangka akan diberi peluang untuk ke Indonesia dan beberapa negara yang boleh memberikan mereka pengalaman terutama bersama dengan guru-guru al-Quran di tempat berkenaan.

“AHSANS akan diwujudkan dibawah JHEAINS dan InsyaAllah JHEAINS akan bergabung dengan MUIS.  Kita akan pilih satu tempat khas untuk anak-anak kita sekitar Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Arifin turut berbangga dengan pencapaian dan penglibatan anak-anak khususnya diperingkat remaja

“Insyallah kita akan kembangkan budaya membaca atau budaya Tarranum Al-Quran di kalangan anak-anak muda. Tadi itu memang sudah nampak bakat mereka. 

“Apabila kita kembangkan lagi, kita beri semangat lagi, kita bimbing lagi. Saya yakin Sabah akan mempunyai potensi untuk muncul sebagai negeri yang melahirkan tokoh-tokoh al-Quran seperti mana sebelum ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

30 Mac diwartakan sebagai hari kelepasan am Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular