HomeUtamaGagasan Rakyat Darau pasang CCTV di 24 kawasan 'Hotspot' di Likas

Gagasan Rakyat Darau pasang CCTV di 24 kawasan ‘Hotspot’ di Likas

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Darau mengambil inisiatif memasang kamera litar tertutup (CCTV) di 24 kawasan yang dikenali sebagai kawasan ‘hotspot’ di Kampung Likas di sini.

Ketua bahagian Gagasan Rakyat Darau, Datuk Mohamed Razali Razi berkata, pemasangan CCTV di kawasan itu adalah bertujuan untuk membantu meningatkan tahap keselamatan khususnya penduduk sekitar kampung berkenaan.

“Inisiatif pemasangan CCTV ini kita sudah pun mulakan pada awal Januari lalu di mana fasa 1 kita sudah pasang di Kampung Cenderamata 1.

Ketua bahagian Gagasan Rakyat Darau, Datuk Mohamed Razali Razi

“Proses pemasangan CCTV ini telah dilaksana dengan kerjasama dari ahli-ahli Gagasan Rakyat Cawangan bersama para pemimpin setempat dan saya ucapkan terima kasih kepada mereka atas kerjasama dan komitmen yang diberikan demi membantu meningkatkan keselamatan di kampung-kampung terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, CCTV itu juga sudah dipasang di beberapa kampung sekitar termasuk, Kampung Likas Lama; Simpang Sekolah Kebangsaan (SK) Likas; Jalan Muhibbah; Kampung Cenderamata 2; Lorong Lengkok; Lorong Diak Likas Lama; dan Kampung Cempaka. 

Tambah Razali yang juga merupakan penduduk asal kampung Likas, pemasangan CCTV itu secara tidak langsung akan serba sedikit membantu meningkatkan tahap keselamatan dari pelbagai sudut. 

“Ia termasuklah bagi membantu mengesan kes-kes kecurian, kemalangan dan banyak lagi,” katanya. 

Jelas beliau lagi, pemasangan CCTV itu akan diteruskan tidak hanya di kawasan Likas tetapi di seluruh kawasan Darau. 

“Pemasangan CCTV ini kita teruskan dan perluaskan di kampung-kampung lain yang ada di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Top 7 UNK 2024 serlahkan keunikan pakaian tradisi Sabah

Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular