HomeUtamaMTHQ galak kecintaan umat Islam kepada Al-Quran

MTHQ galak kecintaan umat Islam kepada Al-Quran

Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQ) yang diadakan setiap tahun di negeri ini berupaya menggalakkan kecintaan umat Islam kepada Al-Quran serta memperkukuh syiar Islam di Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, menerusi majlis itu, umat Islam akan terus melahirkan generasi yang celik Al-Quran serta cinta akan mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W.

“Ia seterusnya mengamalkan segala ajarannya, hatta menjadi contoh teladan kepada masyarakat majmuk di negara kita.

“Sehubungan itu, sudah sewajarnya kita hargai dan syukuri segala khidmat bakti yang disumbangkan oleh mereka yang telah terlebih dahulu mempelopori usaha dakwah dan tarbah Islamiah di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Jemaah Hakim, Peserta dan Penyumbang MTHQ peringkat negeri Sabah di sini semalam.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah turut merakamkan penghargaanb kepada semua jemaah hakim yang bertugas sepanjang majlis itu.

“Tugas yang dijalankan ini bukanlah mudah, namun ia merupakan satu amanah yang sangat mulia.  Semoga segala usaha dan penilaian yang dilakukan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah S.W.T,” katanya.

Terdahulu, MTHQ peringkat negeri Sabah akan berlangsung selama empat hari bermula hari ini bertempat di Dewan Saadah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua bangunan pusat cucian kereta musnah dalam kebakaran di Inanam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular