HomeUtamaRamai Pelabur Jual Saham? Ini Jawapan Perdana Menteri di Dewan Rakyat

Ramai Pelabur Jual Saham? Ini Jawapan Perdana Menteri di Dewan Rakyat

Read Time:1 Minute, 19 Second

KUALA LUMPUR: Sebanyak tiga soalan berkaitan pelaburan asing dan isu ekonomi negara menjadi tumpuan sesi soal jawab bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat, pagi ini.

Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) bertanya mengenai punca ramai pelabur asing menjual saham di Malaysia kebelakangan ini.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa penjualan itu hanya melibatkan 0.2% daripada jumlah keseluruhan modal pasaran bernilai RM2 trilion. Situasi ini tidak menggambarkan hilangnya keyakinan pelabur asing.

“Malaysia mencatat aliran keluar RM953 juta, jauh lebih rendah berbanding Thailand (RM4.1 bilion) dan Indonesia (RM1.1 bilion),” katanya.

Anwar turut menyatakan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia bagi sembilan bulan pertama 2024 meningkat 10.7%, disokong oleh pelaburan besar daripada syarikat antarabangsa seperti Infineon, Amazon, dan Microsoft.

Beliau juga menegaskan bahawa aliran masuk pasaran bon meningkat sebanyak RM1.55 bilion tahun ini, manakala syarikat tempatan seperti Maybank, CIMB dan Public Bank terus mencatat keuntungan besar.

Menjawab soalan tambahan, Perdana Menteri berkata kerajaan sedang memperkenalkan inisiatif seperti Johor-Singapore Special Economic Zone (JSSEZ) dan kerjasama dengan Thailand serta Sarawak untuk menarik lebih banyak pelaburan baharu.

Sesi bertambah hangat apabila Ahli Parlimen Larut mencadangkan kerajaan melaksanakan pembaharuan pasaran modal bagi meningkatkan minat pelabur asing.

Anwar menerima cadangan tersebut dan menegaskan kerajaan terbuka kepada penambahbaikan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi mampan.

Menjawab dakwaan Ketua Pembangkang, beliau menjelaskan pelaburan asing tidak merosot dan pasaran saham kini mencecah RM2 trilion, sekali gus menunjukkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia masih kukuh.

“Saya telah beri jaminan untuk menjawab isu addendum selepas kes berkaitan selesai di mahkamah. Kita perlu hormati proses undang-undang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

PM Anwar beri jaminan malaysia tidak akan alami kemelesetan meskipun tarif...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular