HomeUtamaSatu lagi PPS ditutup, jumlah mangsa terjejas banjir menurun

Satu lagi PPS ditutup, jumlah mangsa terjejas banjir menurun

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Situasi banjir di Sabah semakin pulih apabila satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Beaufort ditutup pada jam 12 tengah hari tadi.

PPS yang ditutup itu adalah di Dewan DSP Dun Banir yang sebelum ini menempatkan seramai 33 mangsa pada jam 8 pagi tadi.

Selaras dengan itu juga, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort Mohd Nazri Ajun berkata, pengisytiharan bencana banjir di daerah itu turut ditamatkan.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa kejadian bencana telah pulih sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, jumlah mangsa yang masih berlindung di dua PPS di Kinabatangan adalah seramai 169 setakat jam 12 tengah hari tadi.

Dua PPS yang masih dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sukau yang menempatkan seramai 107 mangsa dan SK Bukit Garam seramai 62 orang,” menurut kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Rumah hangus dijilat api, jiran rayu bantuan buat mangsa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular