HomeSukanSukan Sabah titik permulaan gilap atlet muda bersaing di peringkat antarabangsa

Sukan Sabah titik permulaan gilap atlet muda bersaing di peringkat antarabangsa

Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Penganjuran Sukan Sabah (SAGA) yang dianjurkan secara dwi tahunan di negeri ini berupaya menjadi titik permulaan bagi atlet muda mencapai sasaran untuk meraih pingat emas di peringkat antarabangsa terutama Sukan Olimpik.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, penganjuran SAGA juga diharap dapat mengenal pasti atlet-atlet berbakat untuk dilatih dan seterusnya bertanding ke peringkat lebih tinggi.

“Kita mengharapkan penganjuran kali ini akan dapat mengenalpasti atlet-atlet yang berbakat seterusnya kita akan melatih dan bertanding di peringkat yang lebih tinggi. Bukan saja di peringkat kebangsaan, tapi di peringkat antarabangsa.

Ellron dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk SAGA ke-11 Tawau 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

“Saya juga telah menyentuh tentang kesatuan kita, kerjasama yang erat dan memahami tentang undang-undang sukan itu sendiri. Kita ini orang Sabah. Jadi sepatutnya kita perlu membantu di antara satu yang lain.

“Yang penting itu kita menang di peringkat yang tertinggi seperti peringkat Olimpik. Bukan peringkat SAGA. Jadi itu yang kita titik beratkan, supaya mereka faham. Dan itulah sebenarnya sasaran utama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk SAGA ke-11 Tawau 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Ellron berkata, pihaknya juga berharap agar semua pegawai, atlet, jurulatih yang terlibat sama-sama berganding bahu untuk memajukan sukan di negeri ini.

“Setakat ini kita masih lagi menunggu atlet kita yang dapat sekurang-kurangnya dalam sukan SEA untuk menambah pingat emas termasuk sukan lain,” katanya.

Terdahulu, Ellron berkata, SAGA edisi ke-11 tahun ini akan berlangsung di daerah Tawau bermula 11 hingga 17 Oktober depan.

Katanya, sebanyak 30 kontinjen yang mewakili daerah di Sabah akan menyertai SAGA pada edisi kali ini dengan menyaksikan 25 acara sukan dipertandingkan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Darat FC juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah sempena Aidilfitri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular