Oleh FLORIETA DIET
KOTA KINABALU: Sebanyak 511 kilogram sampah berjaya dikutip di sepanjang pantai Tanjung Lipat sempena Progran Khidmat Masyarakat Untuk Bumi Hijau anjuran Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah, SAC Datuk Azmi Abdul Rahim yang mengetuai gotong royong berkata, program itu disertai lebih 150 orang yang terdiri daripada kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan tujuh badan bukan kerajaan.
Objektif program berkenaan adalah untuk memupuk tanggungjawab bersama menjaga kebersihan di samping mengeratkan silaturahim antara PDRM dan masyarakat setempat.
Tambanya lagi, program-program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan semua pihak untuk menjaga keindahan semulajadi di Sabah.